LATAR BELAKANG

 

Latar Belakang

 

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membolehkan kami berkongsi cerita dengan anda. Dexalea Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2018 dengan kapital yang besar dan kini beribu pejabat di Puncak Alam, Selangor.

 

Matlamat Kami - Bersama-sama kami untuk mewujudkan gaya hidup yang lebih sihat, teratur dan berupaya mengatasi masalah kewangan untuk anda dan keluarga.

 

Visi kami - Kami menawarkan peluang yang tulen untuk mengubah dan memberi kesan kepada kehidupan anda selamanya dengan memiliki produk wangian dan kesihatan yang terbaik, sistem perniagaan yang canggih dan kawalan harga yang paling murah yang pernah dilihat dalam industri ini.

 

Kami mempunyai pasukan kepimpinan korporat yang luar biasa, muda dan berdaya usaha untuk memaparkan beberapa idea inovatif yang hebat dalam bidang masing-masing, dan sentiasa komited untuk menghasilkan kejayaan dalam industri ini.

 

Menyedari bahawa menjalankan perniagaan dalam talian adalah gaya yang moden dan fleksibel, kami memanfaatkan teknologi Internet untuk memberikan perkhidmatan, produk dan sokongan terbaik. 

 

Dalam hal ini, Dexalea telah bekerjasama dengan syarikat status MSC tempatan untuk menyediakan sistem yang canggih dalam talian.

 

Sejak penubuhannya, Dexalea telah melakukan banyak kajian secara terperinci untuk menghasilkan produk yang berkualiti, dan menjadi keperluan semua lapisan masyarakat, dan untuk mengekalkan reputasi ini, Dexalea akan terus mencari dan memahami keperluan orang ramai dan mempelbagaikan produk dan sistem perniagaan yang efektif untuk kejayaan dalam jangka panjang yang panjang.

 

Produk yang dihasilkan Dexalea bukan sahaja sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat Malaysia, malah melalui produk ini juga kami telah membina peluang perniagaan dengan sistem yang canggih untuk anda bersama-sama kami mencapai kejayaan dan kekayaan.

 

Semua produk kami telah dikaji dan dibangunkan khusus dengan keberkesanan dan kesesuaian dalam kualiti dari awal hingga akhir. Kami memastikan bahawa produk-produk ini dirumus dengan menggunakan bahan-bahan terbaik. Ini sememangnya merupakan satu kejayaan yang besar yang mana harganya berada dalam lingkungan mampu milik.

 

Dengan konsep perniagaan revolusioner, dalam tempoh dua tahun rangkaian Dexalea akan melangkaui rantau Asia Tenggara. Melalui pengalaman yang dimiliki oleh Team Pembanggunan dalam Dexalea, kami akan terus komited menawarkan peluang yang tidak mungkin anda lepaskan. Terokai dunia Dexalea yang menakjubkan dan ambil kesempatan peluang ini untuk melakukan perbezaan dalam diri sendiri. 

 

Kejayaan adalah sesuatu yang perlu dinikmati semua orang. Di Dexalea Sdn Bhd, kami percaya dan mampu mencipta kejayaan itu bersama anda.